Wednesday, May 21, 2008

Citer Lucu

Citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..


Citer 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma
untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????


Citer 3
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu
awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti
awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk.... .... Benci ..........


Citer 4
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!


Citer 5
Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It
happen at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru jer
balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler tapi memang dia
betul-betul mabuk. So masa on the way home she got blocked from the
police officer and asked for her driving license and so on but
unfortunately at the same time tu, there was an accident happen a cross
the road. Quite major jugaklah accident and the policeman leave her and
rushed to the accident scene.So this stupid girl dah gabra tak tahu nak
buat camne, she just ran off back to her car and head straight back home
in Klang.

So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu tanya
dia, "AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?"
Pompuan ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER."
So polis tu tanya lagi, "BETUL KER???"
Pompuan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER NGAN
HOUSEMATE SAYA."
So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP"
Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??"

Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg malam
tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna putih (wira)
cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak pasal2 kena
saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.


Citer 6
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan
pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan
kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya
mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????


Citer 7
Seorang posmen yang datang menghantar surat .
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"


Citer 8
Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fa sal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala


Citer 9
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia
bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca
macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama
saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki
itu dengan riang.



Citer 10
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat .
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
"Atok buat apa tu?".
"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"


Citer 11
Seorang pegawai polis masuk ke bilik ma yat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa
ma yat -ma yat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga ma yat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang
strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit
jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Ke0napa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Thursday, May 15, 2008

Teka Teki Van

Dalam banyak-banyak van, van apa yang pandai kick boxing?

Van Damme


Dalam banyak-banyak van, van apa yang boleh di makan?

Van Houtan


Dalam banyak-banyak van, van apa yang muka macam kuda?

Van Nistelroy


Dalam banyak-banyak van, van apa yang tadi ada lepas tu takde?

Van yang diparking kat kawasan zon tunda, lepas tu kena tunda, kalau nak ambik, kena bayar denda. Panjang nama van ni.

Jangan tipu budak kecik!!!...ni memang kelakar giler!!!

Seorang pemuda hensome yang sedang mabuk, berjemur dipantai tanpa pakaian menutup tubuhnya. Ketika dia melihat seorang anak gadis kecil lebih kurang berumur 7 tahun berjalan melintasinya, Dengan pantas dia menutup bahagian tubuhnya yang tertentu dengan buku yang sedang di bacanya.

Kerana hairan, anak gadis kecil itu berkata, "Abang, apa abang tutup dengan buku tu?" tanya gadis kecil sambil menunjuk ke arah buku. Kerana malu, pemuda itu menjawab, "Ah tidak ada apa-apa. ini hanya seekor burung pipit". Seekor
burung pipit?" tanya gadis itu kebingungan. "Betul, hanya seekor burung pipit," jawab pemuda
lebih tegas. Setelah gadis kecil itu pergi berlalu,si pemuda kembali membaca buku sambil meneguk minuman kerasnya. Tak lama kemudian, si pemuda tertidur.

Ketika terbangun, dia berada di hospital dan merasa sakit yang amat sangat. Seorang polis menanyainya, "Apa yang terjadi?" "Saya tidak tahu.Saya sedang berjemur di pantai, lalu ada gadis kecil bertanya sebentar dan tidak lama setelah dia pergi saya tertidur dan kini tiba- tiba berada di sini.

Polis itu pergi ke pantai mencari gadis kecil dan bertanya, "Apa yang kamu lakukan terhadap lelaki yang sedang berjemur itu tadi?"
Gadis kecil itu menjawab, "Saya tidak melakukan apa-apa terhadap abang
tu pon. Cuma waktu dia tidur, saya main dengan burung pipitnya. Tapi tidak lama kemudian, burung itu meludahi muka saya. Karena itu saya patahkan leher dan paruhnya, saya pecahkan telur-telurnya & saya bakar sarangnya!"

Nota : Jangan cuba temberangbudak kecik.. susah nanti... ekekekekek

Wednesday, May 14, 2008

Ah Beng Oh Ah Beng

Ah Beng bought a new mobile.
He sent a message to everyone from his Phone Book & said,
"My Mobile No. Has changed.
Earlier it was Nokia 3310. Now it is 6610"

====================================
Ah Beng : I am a Proud, coz my son is in Medical College.
Friend: Really, what is he studying.
Ah Beng: No, he is not studying, they are Studying him.

==========================================
Ah Beng : Doctor, in my dreams, I play football every night.
DR: Take this tablet, you will be ok.
Ah Beng : Can I take tomorrow, tonight is final game.

===========================================
Ah Beng : If I die, will u remarry?
Wife: No! I'll stay with my sister. But if I die will u remarry?
Ah Beng : No, I'll also stay with your sister.

=========================================
Ah Beng : People consider me as a "GOD"
Wife: How do you know??
Ah Beng : When I went to the Park today, everybody said,
Oh GOD! U have come again.

===========================================
Ah Beng complained to the police: "Sir, all items are missing,
except the TV in my house."
Police: "How the thief did not take TV?"
Ah Beng : "I was watching TV news..."

=========================================
Ah Beng comes back 2 his car & find a note saying "Parking Fine"
He Writes a note and sticks it to a pole "Thanks for complement."

=============================================
How do you recognize Ah Beng in School?
He is the one who erases the notes from the book when the teacher erases
the board.

===============================================
Once Ah Beng was walking he had a glove on one hand and not on other.
So the man asked him why he did so. He replied that the weather forecast
announced that on one hand it would be cold and on the other hand it would
be hot.

==================================================
Ah Beng in a bar and his cellular phone rings. He picks it up and
Says "Hello, how did you know I was here?"
===================================================
Ah Beng : Why are all these people running?
Man - This is a race, the winner will get the cup
Ah Beng - If only the winner will get the cup, why others running?
===================================================
Teacher: "I killed a person" convert this sentence into future tense
Ah Beng : The future tense is "u will go to jail"

=====================================================
Ah Beng told his servant: "Go and water the plants!"
Servant: "It's already raining."
Ah Beng : "So what? Take an umbrella and go."

=====================================================
A man asked Ah Beng why Ahmad Badawi goes walking in the Evening and not
in the morning Ah Beng replied Ahmad Badawi is PM not AM

Wanita Lawa VS Wanita Tak Lawa

Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap:: woow, ciri-ciri isteri idaman...
kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi betul...

kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: musti ada krisis dalaman nih.kesian
kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak huduh...

kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu
Lelaki akan cakap: heroin sejati...!
kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu...

kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: ok gak la....
kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!

kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu....
kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata:...patut pun kena reject...

kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau perempuan lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: ntah dato' mana bela nih....
kalau perempuan tak lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: musti anak org kaya nih.....

kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: sedar pun diri...

kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: caring sungguh....
kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu....

kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap: dont worryi will make u happy forever
kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2...

kalau perempuan lawa masak
Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak tu...
kalau perempuan tak lawa masak
Lelaki akan cakap: ntah sedap ke tak????

kalau perempuan lawa main2 miss call
Lelaki akan kata: takpe...
kalau perempuan tak lawa main2 miss call
Lelaki akan cakap: ko ni takde keja lain ke... sibuk ni tau..

kalau perempuan lawa hantar2 email
Lelaki akan kata: sukenya....
kalau perempuan tak lawa hantar2 email
Lelaki akan cakap: balik2 email dia.boring

Ulama Dan Pramugari


Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke
sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk
berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu
kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.
Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing
basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan
menegurnya.

Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan
kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat
basuh muka bukan basuh kaki.

Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali
saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Peramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kali
dalam sehari.

Ulamak: (dengan sifat bersahaja....) Saya mencuci kaki saya lima kali
dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.....

Cerita Sedih Lif Rosak

Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas, mereka pulang ke rumah. Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi.

Si A: Macam mana ni... rumah kita atas sekali pulak tu?

Si B: Aduhhhh... bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke?

Si C: Aku rasa, baik kita panjat tangga aje... kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik.

Si A: Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih saja, sebab kalau kita buat cerita lawak, kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa. Biar kita serius dengar cerita.

Mereka pun bersetuju, jadi mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. Si A mula bercerita.

Si A: Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku. Aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku... bla bla bla bla bla...

Punyalah sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh-leleh air mata, sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata, kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita.

Si B: Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalam kemalangan jalan raya. Aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada masa tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang... bla bla bla bla...

Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih... punyalah lama si B bercerita, sedar tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat saja lagi. Sambil melangkah memanjat tangga ke tingkat 56, si C mula menyampuk.

Si C: Alaaaaaa... korang punya cerita tak sedih lagi. Cerita aku lagi sedihhhh punya.

Si A: Kau ada sejarah hidup sedih juga ke?

Si C: Emmmm... mungkin hari ini dalam sejarah...

Si B: Cerita aje le... kita dah tinggal 4 tingkat je lagi.

Si C: Aku sedih kerana... KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA.... UWAAAAAA............

Lawak Mat Salleh

Prospective Employer to Applicant: "So why did you leave your previous job?"
Applicant: " The company relocated and they did not tell me where!"
________________________________________________________________

Wife: "Sir, I would like to call on my husband who left me and brought all our five kids with him."
Radio Host: "Ok, go ahead!"
Wife: "Sweetheart, please return back all the kids, actually only one of them is yours."
_______________________________________________________________

Hello! I'm here again. My mind is all muddled up. I just want to ask something. I know
that you will be able to help me out. Is BIRDS FLU the past tense of BIRDS FLY?
_______________________________________________________________

You were riding a bus, when you suddenly fart. Luckily the music is very loud. Every time you farted, you timed it with the music.

When you were going down the bus, everybody were throwing dagger looks at you, and you suddenly realized . . . .
that you have your MP3 player on your ears !
______________________________________________________________

WIFE: It's a miracle! You came home early.
HUSBAND: I just obeyed what my boss told me to do. He said: "GO TO HELL",
that's why I came home early.
_______________________________________________________________

1st night grandma wore a see-thru dress, grandpa didn't react...
2nd night grandma wore t-back, grandpa still didn't react...
3rd night grandma all naked, grandpa said "what is that you are wearing,
it's all crumpled!!"
_______________________________________________________________

John: it's my wife's birthday
Peter: what's your gift to her?
John: I asked her what she wanted
Peter: what did she said?
J: anything, as long a there is a DIAMOND.
P: what did you gave her?
J: playing cards
________________________________________________________________
Teacher: We are descendants of Adam and Eve!
Student: That's not t rue! My dad sez we are descendants of an Ape!
Teacher: We are not talking about your FAMILY! <

Buah Menentukan Keperibadian Anda

Pilihan anda menunjukkan keperibadian anda.
Anggap diri anda saat ini sedang memasuki sebuah rumah kecil di tepi sungai di tengah hutan tebal.
Setelah Anda buka pintunya dan masuk, didalamnya terdapat:
7 tempat tidur kecil di sebelah kanan di sebelah kiri,terdapat meja makan yang dikelilingi 7 kerusi kecil.
Di tengah-tengah meja terdapat sebuah bekas dengan 6 macam buah.
Buah-buahan tersebut terdiri daripada:
a. epal
b. pisang
c. jeruk
d. mangga
e. rambutan
f. papaya
Buah manakah yang akan anda pilih?
Pilihan anda akan menunjukkan sifat-sifat peribadi anda!
Berfikirlah dengan berhati-hati.

(JGN TGK JAWAPAN DI BAWAH DULU... PILIH DULU BUAH APA.!!)

.


.

.

.
.

.
Ini dia jawapannya...
a. jika anda pilih epal: bererti Anda adalah orang yang suka makan epal
b. jika anda pilih pisang: bererti Anda adalah orang yang suka makan pisang
c. jika anda pilih jeruk: bererti Anda adalah orang yang suka makan jeruk
d. jika anda pilih mangga: bererti Anda adalah orang yang suka makan mangga
e. jika anda pilih rambutan: bererti orang yang suka makan rambutan
f. Jika anda pilih papaya: bererti Anda adalah orang yang suka makan papaya
aderke.. hehehehheh.. hehehee..
tipah tertipu...

Kenapa lelaki macho perlu pakai jam tangan

Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke Kuala Lumpur dengan menaiki keretapi Mel-malam. Antara penumpang yang ramai ada seorang tua yang duduk disebelahya. Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda bertanya kepada orang tua tersebut, “Pakcik, pukul berapa sekarang?”

Sebuah pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapapun kan? Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali ini sungguh diluar dugaan, orang tua tadi berdiam diri sahaja. Mungkin orang tua ini kurang pendengaran, berkata pemuda tersebut di dalam hati. Dia mengulanginya sampai 3 kali. Namun orang tua itu tetap berdiam diri tanpa sebarang riak dari wajahnya.

Pemuda tersebut mencuit orang tua tersebut dan berkata, “Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawap pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya? “

Orang tua itu menoleh sambil berkata, “Bukannya saya tidak mahu menjawap, tapi nanti kalau saya jawap, kita pasti akan bersoal jawap mengenai soal ini soal itu, dan akhirnya kita akan bertambah mesra.”

Si pemuda termangu mendengar ceramah orang tua itu. Entah kenapa pulak orang tua ni. Perjalanan masih jauh, apa salahnya kan? Terus dia bertanya lagi, “Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?”

Orang tua itu berkata lagi, “Apabila kita bertambah mesra ketika anak gadis dan isteri saya menjemput saya di Kuala Lumpur, nanti kita akan turun sama-sama.Dan saya pasti mengenalkan mereka kepada kamu.”

Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah. “Jadi?” tanyanya lagi.

“Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang, takut nanti dia mempelawa anda ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah saya, dan juga akan kami jamu di rumah saya. Setelah itu kamu mungkin menjadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu mungkin akan menjadi teman lelaki anak saya. Lama-lama kamu mungkin akan menjadi menantu saya,” katanya lagi.

Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung. Terus dia bertanya, “Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama?”

Sambil berdiri orang tua tersebut menjawap dengan lantang, “Masalahnya? Saya tidak mahu mempunyai menantu seperti kamu! Jam tangan pon takder!!!

Moral Cerita: Pakailah jam tangan sebelum menaiki keretapi mel-malam ke Kuala Lumpur, kalau hendak beristeri.

Zaman Berkembar

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,
“Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”

Masuk Penjara

Suatu hari 2 orang kanak-kanak sedang berbual di sebuah taman.
Mereka bernama Amin dan Susan
Susan: “Min, kenapa kau sedih?”
Amin: “Ayahku masuk penjara.”
Susan: “Kenapa?”
Amin: “Ayah pecahkan kaca tingkap…”
Susan: “Hah…pecahkan kaca tingkap pun masuk penjara?”
Amin: “Dia pecahkan tingkap kapal selam.”
Susan: “Patut le…”

Ingat!, Seperti Bom Tangan…

Apabila beberapa orang pekerja sebuah restoran nasi kandar menghadiri satu Seminar Kebakaran & Keselamatan di Penang, mereka melihat pegawai bomba membuat demonstrasi
memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api (fire extinguiser) dengan begitu
berminat sekali.

“Cabut pin ini seperti mencabut pin bom tangan,” pegawai itu menerangkan. “kemudian tekan
di sini untuk mengeluarkan ‘foam’nya.” terang pegawai itu lebih lanjut.

Tidak lama kemudian, seorang pekerja restoran nasi kandar berkenaan telah dipilih untuk
mengawal kebakaran di tempat letak kereta.

Disebabkan kegugupannya, dia terlupa untuk mencabut pin alat pemadam api tersebut.
Pegawai itu kemudiannya memberikan klunya, “Ingat !, seperti bom tangan.”. Seperti timbul
satu keyakinan baru kepada pekerja restoran nasi kandar itu, ia pun dengan segera mencabut pin dan melontarkan alat pemadam api itu ke dalam kawasan kebakaran tersebut.

Demikianlah caranya…

Pelatih Baru

Rosman Diterima Bekerja Sebagai Pelatih Di Sebuah Syarikat Multimedia. Selepas Melaporkan Diri Pada Hari Pertama Dia Masuk Ke Biliknya… Terus Mendail…

“Tolong Buatkan Saya Kopi Cepat!” Katanya Menengking.

“Maaf, Awak Salah Sambungan. Awak Tahu Dengan Siapa Awak Bercakap Ni?” Kata Suara Di Hujung Talian.

“Tidak” Jawab Rosman.

“Saya Pengarah Urusan Syarikat Ini, Awak Tahu?” Balas Suara Itu.

Rosman Terkejut. Barulah Dia Sedar Dia Tersalah Dail. Hajatnya Mahu Menghubungi Kantin.

“Encik Tahu Dengan Siapa Encik Bercakap Ni?” Tanya Rosman.

“Tak, Awak Siapa?” Balas Pengarah Urusan Itu.

“Kalau Tak Tahu Bagus…” Kata Rosman Terus Meletakkan Gagang Telefon.

Malu sendiri…

Seorang pemuda yang baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang kaunseling telah membuka kedai pertamanya di pinggir bandar. Beliau telah membuka kedai tersebut selama seminggu tetapi ia masih tidak mendapat sambutan. Memandangkan hari telah menjelang tengahari, pemuda tersebut mula gelisah kerana tiada seorang pun pelanggan datang untuk mendapatkan khidmatnya dalam bidang kaunseling.

Namun pada hari tersebut, nasib seakan menyebelahi dirinya apabila seorang lelaki datang menghampiri kedainya dengan langkah yang penuh bergaya.

Dalam hati pemuda tersebut, inilah pelanggan pertama aku dan aku perlu menunjukkan reputasi yang baik padanya.

Lantas dia mencapai telefon dan bercakap dengan nada yang kuat
“HEllo Dato, takpa saya akan uruskan segala-galanya, Dato jangan bimbang sebab syarikat saya memang terkenal dengan reputasi yang gemilang, lagipun kami tak pernah mengecewakan sesiapapun. Yang penting ialah staff syarikat Dato nanti akan lebih bersemangat dalam menjalankan tugasnya. Ya….Ya….Lagipun fasilitator kami bukannya calang-calang orang, memang hanya yang terbaik sahaja akan kami pilih bekerja di sini.”Jelasnya kagi dengan keyakinan yang tinggi.
“Ok, takpalah Dato jangan bimbang, saya akan bereskannya secepat yang mungkin.” Ujarnya pada akhir perbualan

Lelaki yang berjalan dengan penuh gaya tadi berdiri betul-betul di hadapan pemuda tersebut sambil tersenyum dan dengan penuh hemah, dia menegur

“Ya, ada apa yang boleh saya bantu Encik?”

“Saya datang nak pasang talian telefon” Ujarnya lagi dengan senyuman yang penuh bermakna…

Kisah di kawasan perkuburan

Ali dan Abu baru pulang dari bandar. Untuk sampai kekampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yg bersebelahan sebuah kawasan perkuburan.

Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup2 malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.

Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kuburdan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat. Dalam keadaan yang agak gelap itu,orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan.

Ali dan Abu bersuara”Fuuufff…terkejut kami,ingatkan pakcik ni hantu tadi,buat kami terkejut aje”.

Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya :”Apa yang pakcik buat malam2 buta kat kubur ni??”

Tiba2 lelaki tua itu menjawab dengan marah…”Bodoh!!Dia orang salah eja nama aku!”

Tidak akan di hukum

Murid : Cikgu, apakah orang boleh dihukum untuk sesuatu yang belum dibuatnya ?
Guru : Oh, semestinya tidak. Orang hanya boleh dihukum untuk perbuatan yang telah dilakukannya.
Murid: Syukurlah, Cikgu. Saya belum membuat latihan yang diberi oleh cikgu semalam.

Kejadian Seram di Wad ICU

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada setiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka.. Perkara ini sangat membingungkan para doktor… Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut…

Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya… beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut. Seorang pesakit lelaki sedang tidur di katil misteri.

Masa berputar… pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am… tiba-tiba…… Pintu bilik ICU itu terbuka…. Kemudian masuklah Makcik Bedah…. Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat.. Masuk… mendekati katil keramat tersebut… dan terus mencabut soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan pesakit tersebut dan menggantikannya dengan ‘plug vacum cleaner’nya…

Made In Japan

Seorang pelancong Jepun menahan teksi di depan hotel penginapannya untuk ke lapangan terbang.

Setelah menekan butang meter tambang, teksi tu mula bergerak dengan perlahan. Di lebuh raya, pemandu teksi tadi memandu dengan kelajuan yang sederhana. Tiba2, sebuah kereta memotong.

“Ah, Nissan. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong Jepun tadi.

Kemudian sebuah lagi kereta memotong dengan laju.

“Ah, Toyota. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong Jepun tu lagi.

Kemudian sebuah lagi kereta memotong, lebih laju.

“Ah, Mitsubishi. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong itu lagi, bangga dengan keluaran negaranya.

Sampai di lapangan terbang…..ketika pelancong itu ingin membayar tambang teksinya..

“RM100 please…” kata pemandu teksi selamba.

“What? RM100? it’s not that far from the hotel?”, pelancong tu tak puas hati.

“Ah. Agrometer (meter teksi). Made in Japan. Very fast”, jawab pemandu teksi tersebut dengan selambanya.