Thursday, February 17, 2011

Staff Misteri

Entry kali, aku nak cite satu kesah benar yang berlaku kat ofic aku. Bila dengar orang citer pasal kes, ni, rasa seram pun ade, lucu pun ade…hehe.

Tempat kejadian: Dirahsiakan

Tajuk: Staff misteri

Selepas raya Cina 2011, nak dijadikan cite ada staff baru masuk ofic aku, tapi duk level lain dari aku. So citer ni dikisahkan oleh budak2 level “x” tu. Staff baru ni berbangsa cina, umur dalam lingkungan 50-an. Dia dtg kul 8 and balik kadang2 sampai lewat malam. Sumer orang pelik sebab minah ni tak cakap dengan orang, duk mengadap buku and buat kerja sendiri jer. Dahla tu, siap balik kul 11 malam lagi, gile busy walaupun baru seminggu kerja.

Satu ari tu, member aku ternampak la minah ni tgh cakap phone pasal kerja. Asalnya nak buat dek jer, tapi bila dia tengok betul2, minah tu tak pegang handphone, cuma letak ibu jari dia kat telinga and jari kelingking kat mulut. Member aku dah pelik, n start panic. ..tapi gaya minah ni memang tgh serius.

Besoknya member aku usha dia, dahhh dia buat benda sama lagi. So member aku pun call HR Tanya ada staff baru ke report duty kat ofic dia, hr kata takde..aa sudah, member aku dah naik seram. So dia citerla pasal minah ni kat orang HR.

Maka turunla sorang awek HR n pegi kat meja yang minah cina tu duduk. Baru jer buka mulut, minah t uterus suruh diam, “jap jap, I’m busy right now”. Terdiam awek HR tu. 2-3 minit lepas tu, awek HR tu Tanya, bos awak sape? ..”oh, I forgot his name, but he’s not coming yet” haha, speaking beb! Action minah tu lepas tu wat awek HR tu naik bulu roma. Nak tau dia wat aper?? Haha..minah tu pegang buku nota, n wat gaya orang tgh taip something kat laptop. Pastu dia start call somebody guna handphone tangan dia tu! Awek HR tu apa lagi, terus blah report kat bos dia.

Next boss besar HR turun, g kat minah tu and ckp “hi miss, ur boss are at my office now and he want to met you..can you follow me?” minah tu terus ambik barang dia n follow boss HR tu. Dalam bilik boss HR tu, kelihatan diorang tgh borak macam kawan lama. Lepas sejam, naikla pak cik guard escort minah ni kluar.

Boss HR tu pun turunla ke level tempat minah tu “kerja” selama sminggu tu. “Korang ni kalo hantu kak limah dating sini pun korang tak perasan kan?” boss start membebel kat budak2 level tu. Pastu boss tu citer la apa yang dia dapat dari investigation yang dia buat kat minah tu tadi.
Minah tu kate dia dating pukul 8,n bagitau guard nak jumpa orang kat tingkat “x”. Guard tu mintak IC , so dia bagila IC dia. Pastu dia naik ofic and duduk kat satu cubicle kosong n buat “kerja”. Dalam beg minah tu ada beberapa helai kertas A4 yang dipotong 4, n ditulis ngan 9+8+7+6 bla bla bla sampai penuh setiap muka surat..tulisan cantek gak.

Korang paham tak ape yang aku nak citer ni?? Ofic aku dimasuki orang GILA! Haaaha, memang kena tiau la guard bawah tu dengan boss HR. Yang peliknya , tau plak dia cubicle tempat dia duduk tu kosong. Siap lepak situ sampai 11 malam lagi. Pakaian pun ala2 orang kerja ofic la. Yang ‘oficmate’ dia plak ingatkan dia tu staff baru or vendor yang datang wat keje..n diorang pun tak terpikirla tu orang gile! Rajin plak dia datang keje, orang lain nak cuti n mc..huhu. Bila kitorang Tanya boss, apa yang buat dia blah. Boss aku cakap ape? “tomorrow ur contract with us will be expired and we won’t renew it. So u dun have to come to work tomorrow” !! nasib baik dia tak mintak gaji kan? Haha.

Masa tulis entry ni, tiba2 aku terpikir, agak2nya mane la minah tu ‘kerja’ skarang kan? Cube korang cek kat ofic korang..kot2 la ada ‘staff’ baru yang korang belum kenal..cek jangan tak cek! Kami dah kena! Haha! Hasilnya, security kat ofic aku dah diperketatkan, nak g kedai mamak pun kena tulis nama wooo :(

Wednesday, December 29, 2010

Lawak tak?

Malaysia menang Piala AFF Suzuki mengatasi Indonesia dgn agregat 4-2..lawak tak? Hehe..bangga seh dgn skuad negara tahun ni..tmbh dgn ketererran keeper yang dengan muke slambe save penanti..cayalah bro! Bagi aku spanjang Piala AFF Suzuki ni ada beberape mende lawak yang berjaya dikenalpasti..chewaaahh!

1. 1st game ngan Indonesia yng kita kalah tu, player kite wat relax jer ngan laser diorang, bateri kong kot.
2. Bile kita menang ngan Vietnam kat Semi Final, media diorang ckp kita bagi kerakyatan kat org Jepun jadik keeper..haha, Fahmi tu kalau ckp pun dah bau bau budu dah..
3. Bila Indonesia kena lanyak 3-0 kat Bukit Jalil, sibok la sibotak tu claim kena suluh ngan laser sampai mata berpinar2..aku tgk depa duk suluh tang kepala jer
4. Gonzalez yang dikatakan berbisa gile sampai dapat kerakyatan Indonesia senang2 tu kena sayur je ngan defend Malaysia yang rata2 bawah 23 tahun
5. Final malam ni laaaaagi lawak, dengan muke penuh laser, keeper kite relak jer bleh lompat save bola..ape cer??
6. Ni yang paling lawak, tgh2 syok Dato Hasbullah kite tu duk bagi komen, bleh plak mamat cameraman tu g skodeng awek2 Indonesia..haha, tak terkomen la Dato..aku rase aku bleh agak la mane cameraman pegi lepas game tu..haha

Hmpp cam tak sesuai jer entry ni dalam blog lawak kan? Tapi oleh sebab aku rase nak tergelak ngan perangai2 penyokong Indonesia yang tak tau besok nak provoke ape lagi tu..so kira cam lawak la kan? hahaha, padan muke..cakap besar lagi. kami x pakai bomoh, kami berusaha n bertawakkal pada Allah yang satu! Tahniah Negaraku, Malaysia Boleh..Indonesia pun boleh...boleh bl** !!!!!!!! (sori emo skit..hehe)

Monday, December 20, 2010

Pelawak vs Pelawok

Huissh, da 2 tahun aku x jenguk blog ni..tetiba la tersearch kat google jumpa blog sendiri..haha. Maklumla aku ni bukan blogger yang beretika. Tapi bile tgk pelawat yang masuk kat blog ni..hmmpp boleh tahan gak. Agak2 kalo azam tahun baru aku 1 Hari 1 Lawak, ok tak? Hehe ni aku sendiri kena jawab ni..okla nanti aku pikirkan..lagipun aku ni bukan pelawak or org yang dilahirkan dengan sifat2 lucu yang melampau cam Nabil n Apek tu..sebab tu aku tak jadi pelawak kan?

Haaa, cakap pasal PELAWAK, last weekend aku g tgk citer Hantu Kak Limah Pulang Rumah..ala citer Mamat Khalid tu. Best giler citer ni, kalo korang x tgk lagi, g la tgk..besstttt oo..Nak jadikan citer dalam movie tu ada la bomoh siam datang nk halau hantu..masa jampi dia sebut "Pelawok..pelawok...pelawok" haha..terkucil aku gelak, tapi org lain rileks jer..aku rase sbb diorang x paham la tu. Kalo korang nak tahu, PELAWOK tu maksudnya tipu or bohong..tu bahasa Kelantan daa..kiranya org kg tu kena tipu la ngan si bomoh tu..tapi menjadila jugak mentera bohong tu..siap hantu nang nak ngan hantu kopek pun datang..haha. (x payah la aku terangkan maksud hantu kopek kan? Sebab kalo bab ni, datangla loghat ape pun mesti korang paham kan? haha, otak kuning la korang ni, cam aku jgk).

Oklah, taknak cakap byk, korang pun dah tau beza PELAWAK ngan PELAWOK kan? mission accomplished la kiranya..so aper lagi, g la beli tiket, support industri kite..g la tgk citer Atu Kak Limoh Kelik Ghumoh (versi kelate) ..babaiii